blogger tricks

6 Ogos 2014

Terima kasih Allah

Dicatit oleh:Sazali Mahat

Hampir dua bulan aku berada di Kota Tinggi.Semuanya berjalan dengan lancar.Masa terisi dengan penuh makna dan gembira.Sepanjang aku disini,anak perempuan yang belajar di Pulau Pinang balik bercuti.Abang Long sudah tamat pengajian di Universiti dan berada disini.Kami dapat berkumpul sekeluarga menyambut puasa dan berhari raya bersama.Melayan kerenah anak yang bongsu menjadi agenda utama keluarga kami.Syukur alhamdullillah kerana anak anak dapat membesar dengan sempurna dan saling menyayangi antara satu sama lain.Penat lelah membesarkan anak terasa terbalas melihat anak-anak.Tahun ini adalah tahun yang istemewa buat aku kerana dua anak akan tamat pengajian.Abang Long akan mendapat ijazah dan kakak akan mendapat diploma pada hujung tahun ni.Harapan ku,along dan kakak akan dapat menjaga adiknya yang bongsu jika aku telah tiada nanti.Alhamdulillah Allah kerana memberi ku anak-anak yang baik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan